Secara asasnya, rekabentuk liang injap pada cylinder head di optimakan untuk memberi keseimbangan daripada segi ekonomi dan kuasa. Beberapa halangan seperti dari segi pembinaan enjin menyebabkan enjin tidak dapt dihasilkan dengan baik dalam kuantiti yang besar. Pengeluar juga mempunyai toleransi yang agak longgar dalam menghasilkan enjin yang berkualiti.
'Port & Polish" (PnP) secara profesional dapat membantu mengoptimakan kuasa sesebuah enjin. Lazimnya, PnP dapat meningkatkan kuasa enjin sebanyak 5 hingga 10hp bergantung kepada jenis enjin. PnP boleh dilakukan dengan tepat jika pomen-pomen anda menggunakan 'air flow'bench' untuk menentukan size sebenar liang yang ingin di PnP. Namun tidak ramai pomen di Malaysia yang menggunakan alat ini untuk PnP
Ingin diingatkan bahawa lebih besar liang, tidak semestinya lebih baik. Jika size liang terlalu besar, kusa 'low end' enjin anda akn terjejas kerana aliran udara terlalu perlahan. Ini kerana liang yg besar hanya sesuai jika enjin anda selalu beroperasi pada penghujung 'rpm' seperti kereta lumba.
PnP amat penting kerana jika dibuat dengan cara yg salah enjin anda mungkin kehilangan kuasa.







